Menuju Pembangunan Hijau
Hijau adalah satu warna yang mempunyai berbagai persepsi bagi sesiapa yang melihatnya. Untuk mereka yang cintakan alam, hijau menjadi lambang ketenangan dan keseimbangan antara manusia dan sekitarnya, ia satu lambang keharmonian. Bagi mereka yang fobia dengan Islam , hijau adalah warna golongan teroris dan ia amat menakutkan, adapun bagi parti-parti politik Islam seluruh dunia ,hijau adalah warna tema yang dipakai. Saya memang meminati hijau bukan kerana ianya warna parti saya, tetapi hijau ini memberikan kesegaran dan semangat alam yang membara.
Kebetulan saya amat meminati isu-isu pembangunan yang hijau karakteristiknya. Ia akan menjadi aspek utama dalam komponen pembangunan bagi meningkatkan kecekapan guna tenaga, meminimakan penyahan karbon diaoksidan dan mengurangkan kos penyelenggeraan. Walaupun negara kita sudah mula beralih kepada insentif kehijauan, namun jalan menuju kehijauan masih lagi di tahap permulaan. Dasar Hijau yang diperkenalkan setakat ini lebih bersifat zero kos, ini adalah kerana kos untuk "going green" masih lagi tinggi memandangkan pasaran komponen alat dan bahan hijau masih terhad dan terpaksa bersaing dengan komponen dan bahan tidak mesra alam yang lebih murah. Walaupun kereta hybrid yang mesra alam diberi pelepasan cukai namun alat-alat, bahan dan komponen lain yang hijau masih belum lagi diberi insentif pengecualian cukai. Bahan seperti batu bata yang mesra alam, konkrit dan bahan tingkap-tingkap bangunan yang mesra cahaya suria masih lagi belum menjadi industri walaupun kajian dan penyelidikan bahan hijau telah banyak dilakukan oleh universiti tempatan.
Aspek kehijauan mestilah terbina atas set minda yang baru dan ia mesti menyeluroh bermula dari sikap, dasar dan bentuk fizikal yang bercirikan mentaliti hijau. Contohnya dalam struktur membina bangunan yang hijau, ia bermula dengan rekabentuk yang mesra cahaya suria dan memaksimakan penggunaan cahaya semulajadi, pengudaraan yang meminimakan penggunaan hawa dingin, sistem penebatan haba dan rekabentuk syling yang memberi laluan pengudaraan yang efisyen. Bahan binaan juga mestilah mesra alam dan menggunakan bahan-bahan yang tidak memberi kesan kepada alam sekitar serta meminimakan konsep kitar semula dari bahan-bahan buangan. Pemilihan tekstur warna juga penting untuk mengurangkan penyerapan haba sebagaimana kitaran sisa pepejal dalam bangunan juga perlu kepada pengursan yang efisyen. Segala sumber semulajadi seperti hujan mesti dimaksimakan bagi penjimatan konsumpsi air yang boleh digunakan untuk penyiraman dan lain-lain kegunaan.
Konsep besar dalam memindahkan set minda membina bangunan yang mesra alam masih baru di negara kita. Kita baru bercakap penjimatan tenaga dalam bangunan tanpa kos. Keputusan majlis tenaga yang memutuskan untuk menggunakan penghawa dingin pada kadar minimum 24 celcius pada bulan Ogos yang lalu masih belum diedarkan kepada bangunan bangunan kerajaan untuk dilaksanakan, walaupun ia akan menjimatkan kerajaan sebanyak 40 juta. Ia satu tindakan yang lambat sedangkan ia tidak memakan apa apa kos pun, ia hanya soal sikap dan sejauhmana kerajaan bersegara untuk mengedarkan arahan yang mudah seperti ini.
Satu akta diperlukan untuk memastikan penguatkuasaan teknologi hijau dari semua sudut dapat dilaksanakan. Walaupun adanya Kementerian Teknologi Hijau, dasar hijau masih lagi dibatas mind set tanpa kos dan tidak ada insentif menyeluroh untuk melonjakkan teknologi hijau khususnya dalam bangunan-bangunan yang bakal didirikan dalam fasa kedua projek mega di lembah baru Sungei Besi. Bangunan Hijau bukanlah bermakna bangunan itu berwarna hijaun dan dikaitkan dengan Pas, tetapi bangunan hijau adalah konsep masadepan yang menjadi komponen terpenting perancangan pembangunan dalam semua sudut kehidupan. Selamat Datang Ke Alam Masadepan....
No comments:
Post a Comment