Sila ke BLOG Rasmi Dr. Mujahid Yusuf Rawa
http://drmujahid.com

Monday, August 15, 2011

Larangan Baca Quran melalui Pembesar suara Mesjid dan Surau

Kenyataan Akhbar
Isu Larangan Memperdengarkan Al Quran melalui pembesar suara sebelum Azan

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang larangan di atas perlu dihormati oleh setiap rakyat negeri Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara umum. Ini berlandaskan kepada beberapa perkara;

1. Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang adalah sebuah institusi yang berotoriti membuat keputusan dalam hal yang bersangkutan dengan hukum-hukum Islam yang diajukan kepada Pejabat Mufti.

2. Keputusan Jawatankuasa yang terdiri daripada para ulamak yang diiktiraf kelayakan mereka tidak membuat keputusan di atas hawa nafsu apatah lagi dengan dorongan politik atau campurtangan politik.

3. Jawatnkuasa Fatwa Pulau Pinang mempunyai cara dan prosedur terrtentu untuk sampai kepada sesuatu ketetapan, selagi ia mengikut proses dan prosedurnya, semua pihak perlu akur da menghormati keputusan ini.

Saya menyeru kepada semua pihak khususnya yang mempunyai agenda tersembunyi supaya tidak mengeksploitasikan isu ini sehingga membutakan mata kepada isu pokok yang diperbincangkan di sini. saya khuatir jika pihak media terus memainkan isu inii nama baik institusi Mufti akan dicemari oleh orang yang penting diri untuk kepentingan sempit mereka. Golongan ini juga dituntut supaya tidak double standard dalam memberikan penilaian mereka kepada isu ini.

Sekian

Yang Benar

YB Mujahid Yusof Rawa
MP Parit Buntar
Pengerusi Perpaduan Nasional
Pengerusi Jaringan Antara Agama Asean

No comments: